Berita

Kerajaan ambil pendekatan kukuhkan ekonomi nelayan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan; di bawah RMKe-13, telah mengambil pendekatan menyeluruh untuk kukuhkan ekonomi nelayan dan perkemas tadbir urus zon tangkapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu berkata, ini termasuk Program TEMAN-AKUA, dua skim pembiayaan perikanan serta isu pencerobohan kawasan tangkapan antara Negeri Sembilan dan Melaka.

✅ TEMAN-AKUA

Tahun 2025 masih di peringkat persediaan, jadi belum ada peruntukan disalurkan.

Sehingga Januari 2026, 22 nelayan dikenal pasti (Perlis 10, Melaka tujuh, Negeri Sembilan lima).

Pelaksanaan bermula 2026 dengan anggaran RM500,000 bagi bantuan peralatan dan input ternakan.

Turut diperuntukkan RM150,000 untuk latihan dan RM230,000 bagi kerjasama teknikal bersama Universiti Malaysia Terengganu.

✅ Dua Skim Pembiayaan dan Geran Vesel

Dilaksanakan mulai 2026–2030 dengan peruntukan keseluruhan RM100 juta setiap skim. Tahun 2026 diperuntukkan RM10 juta bagi setiap skim.

✅ Isu Pencerobohan Negeri Sembilan – Melaka

Kerajaan memperkukuh Sistem MCS dengan peruntukan RM7.8 juta (2026), penguatkuasaan berterusan serta operasi bersama APMM, PPM dan PDRM.

Matlamatnya jelas, kita mahu nelayan cari rezeki dalam suasana aman, sumber laut terpelihara, dan undang-undang dipatuhi.

“Bila ekosistem teratur, hasil pun lebih lestari, dan kehidupan nelayan jadi lebih stabil.

“Insya Allah, kita teruskan usaha ini dengan komitmen penuh,” kata Mohamad semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button