Berita

Kerajaan Komited Perkasa Kebajikan Rakyat, Kekalkan Kestabilan Negara – PM

Nur Syafiqah Mohd Jemmi

SEREMBAN: Usaha memperkukuh kebajikan rakyat dan memastikan kestabilan negara terus menjadi keutamaan kerajaan dalam mendepani cabaran global ketika ini.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tersebut dizahirkan ketika sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Johor hari ini.

“Insya-Allah, Kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur,” katanya.

Menurutnya, sesi menghadap itu menjadi platform untuk mempersembahkan perkembangan terkini berkaitan hal ehwal negara kepada Seri Paduka Baginda.

“Pelbagai perkara disentuh termasuk perjalanan pentadbiran serta langkah yang diambil kerajaan, khususnya dalam mendepani kemelut global yang turut memberi kesan kepada negara dan rakyat.

“Kerajaan juga akan terus komited melaksanakan dasar serta inisiatif bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara kekal terpelihara,” tambahnya

Show More

Related Articles

Back to top button