Isu vandalisme dan kecurian kabel jadi cabaran utama

SEREMBAN: Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, isu vandalisme, kecurian kabel dan infrastruktur menjadi topik perbincangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Strategik Keselamatan dan Integriti Infrastruktur Komunikasi Negeri Sembilan.
“Hal ini kerana insiden yang berlaku bukan sahaja menyebabkan gangguan perkhidmatan komunikasi.
“Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna, malahan kepada operasi penting seperti keselamatan wam, perkhidmatan kesihatan, Pendidikan dan pentadbiran kerajaan.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan mengambil Langkah proaktif bagi merangka pelan strategik dengan pendekatan serta tadbir urus infrastruktur komunikasi negeri ini.
“Ini adalah kerana infrastruktur komunikasi adalah tulang belakang pembangunan digital dan ekonomi negeri.
“Saya mohon kerjasama semua pihak termasuk masyarakat umum untuk bekerjasama bagi menjayakan pelan tindakan ini demi manfaat rakyat dan kelangsungan kemajuan digital Negeri Sembilan,” kata Mohd Faizal.