BeritaMenarik

Tiga jambatan baharu di Kampung Chalin dan Kampung Esok telah dibuka

JELEBU: Tiga buah jambatan baharu di Kampung Chalin dan Kampung Esok, kini telah dibuka untuk laluan penduduk kampung.

Ahli Parlimen Jelebu, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ketiga-tiga jambatan sebelum ini rosak teruk akibat kejadian banjir.

“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu serta KKDW Negeri Sembilan dan Melaka bekerjasama dalam memastikan infrastruktur penghubung masyarakat ini dapat diperbaiki semula.

“Alhamdulillah, hari ini tiga jambatan di dua kampung tersebut berjaya diserahkan, menandakan kemudahan ini telah boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mensejahterakan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar,” kata Jalaluddin yang juga EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan dan ADUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button