BeritaMenarik

Tidak halang pembangunan, tapi jangan sampai bahayakan orang ramai

NILAI: ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, beliau tidak menghalang projek pembangunan di DUN Nilai, tetapi janganlah kerja-kerja berkaitan dilakukan sampai membahayakan orang ramai.

Arul Kumar berkata, terdapat dua operator mengeluarkan tanah merah dari tiga kawasan pembangunan di Bandar Baru Nilai dan beberapa jalan telah rosak teruk dan sangat berbahaya kepada pengguna jalan.

“Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengeluarkan ‘Stop Work Order’ untuk memberhentikan semua kerja-kerja mengeluarkan tanah sehingga semua jalan yang rosak dibaiki.

“Saya bersama dengan pegawai MBS telah berjumpa dengan kedua-dua operaor dan saya minta semua jalan dibaiki dan perlu patuh kepada semua spesifikasi yang ditetapkan oleh MBS.

“Selepas semua kerosakan dibaiki, MBS akan memberikan kebenaran untuk membawa keluar tanah dan jika berlaku lagi kerosakan, perlu dibaiki segera.

“Saya juga telah memaklumkan jika jalan rosak dan tidak dibaiki ‘Stop Work Order’ akan dikeluarkan lagi,” jelas Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button