PUTRAJAYA: Kesejahteraan pekerja gig adalah penting yang kini membentuk sebahagian besar tenaga kerja dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datoβ Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan lebih 3.15 juta pekerja yang bekerja sendiri di Malaysia, usaha seperti Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) adalah langkah penting dalam melindungi hak dan kebajikan mereka.
“Saya juga menyatakan bahawa ekonomi gig bukan hanya menawarkan peluang tetapi juga cabaran yang perlu diatasi melalui kerjasama antara Kerajaan, industri dan pekerja.
“Dengan usaha ini, kita bukan sahaja memastikan perlindungan sosial yang lebih baik untuk semua, tetapi juga membina masa depan yang lebih cerah dan inklusif,” kata Ahmad Zahid di ucapan perasmian pembukaan Seminar Teknikal International Social Security Association 2024 yang bertemakan ‘Social Security For The Self-Employed And Platform Workers’.
Seminar ini adalah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang memberi fokus terhadap perlindungan sosial untuk pekerja dalam ekonomi gig yang semakin berkembang.
Ahmad Zahid berkata, beliau berharap agar perbincangan yang diadakan ini akan membawa kepada perubahan positif dan penyelesaian yang berkesan bagi pekerja gig di Malaysia secara keseluruhannya.
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.