Berita

Kerajaan Negeri komited bangunkan usahawan Bumiputera

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan usahawan Bumiputera khususnya di negeri ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, beliau telah menerima kunjungan daripada Furniture Industry Technology Center (FITEC) di Wisma Negeri.

“FITEC merupakan anak syarikat MARA yang bertanggungjawab melatih serta melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang perabot.

“Perbincangan lanjut akan diadakan untuk membangunkan usahawan dalam bidang perabot di Negeri Sembilan bersama FITEC dalam tempoh terdekat.

“Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri beriltizam melahirkan serta membangunkan usahawan Bumiputera dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan semua pihak,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button