YB Kita

Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar di Gemas

GEMAS: Majlis Daerah Tampin dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Sembilan telah menganjurkan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar (Anjing) yang telah berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya TF, Dataran Satria, Gemas.

Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa telah merasmikan kempen tersebut.

Kempen diisi dengan taklimat penerangan penjagaan haiwan yang baik dan penyakit bawaan haiwan (Rabies) yang disampaikan oleh Dr.Ong Jin Seng dari Jabatan Veterinar Negeri Sembilan.

Majlis Daerah Tampin memberi diskaun menarik sempena kempen hari ini bagi pemvaksinan dan pemandulan anjing hasil kerjasama bersama Klinik Haiwan Tampin.

Acara jawab dan menang serta roda impian mengisi program kali ini bagi membolehkan hadirin membawa pulang hadiah menarik yang disediakan.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Tampin, wakil jabatan kerajaan, barisan pendidik dan pelajar sekolah, pemimpin masyarakat dan orang ramai.

Show More

Related Articles

Back to top button