Berita

Kerajaan Negeri lancar Tabung Bandar Wakaf Gaza

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan Tabung Wakaf Bandar di Gaza pada Jumaat lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, tabung wakaf tersebut disasarkan mendapat kutipan sebanyak RM4.5 juta.

“Usaha ini dilakukan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merupakan peristiwa bersejarah sebagai salah satu usaha membangunkan Bandar Wakaf pertama di Gaza dan menjadikan Malaysia negara pertama di ASEAN yang melaksanakannya.

“Pembinaan Bandar Wakaf ini akan mengutamakan keperluan rakyat Palestin seperti pembinaan masjid, sekolah, klinik, taman rekreasi, dan menara tangki air.

“Saya mohon supaya perkara ini dapat diwar-warkan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan dan semoga usaha kita ini berjaya mencapai matlamat utama tujuan kehidupan kita di dunia ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button