Berita

Kerajaan Negeri Sembilan Terus Berfungsi Seperti Biasa, Aminuddin Kekal Laksana Tugas Menteri Besar

Nur Syafiqah Mohd Jemmi

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berfungsi seperti biasa selaras dengan peruntukan undang-undang dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, keputusan tersebut adalah susulan nasihat dan titah Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selepas sesi menghadap baginda berhubung perkembangan terkini melibatkan sokongan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Setelah melalui pertimbangan sewajarnya, Tuanku Muhriz telah menasihati dan menitahkan agar saya meneruskan tanggungjawab mentadbir sebagai Menteri Besar seperti biasa selagi belum terdapat kejelasan mengenai perkara ini.

“Sehubungan itu, saya akan memastikan urusan pentadbiran negeri berjalan lancar dengan tumpuan utama kepada kebajikan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar dan turut dihadiri oleh 16 ADUN Pakatan Harapan (PH), termasuk Anthony Loke Siew Fook.

Terdahulu, Aminuddin memaklumkan beliau telah menghadap Tuanku Muhriz susulan tindakan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kepimpinannya.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman.

Show More

Related Articles

Back to top button