Berita

Kerajaan perhebat usaha tangani impak krisis tenaga dunia demi kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memperkukuh pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan beban rakyat susulan ketidaktentuan bekalan tenaga global yang memberi kesan kepada ekonomi dunia ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bekalan keperluan asas negara sentiasa mencukupi selain mengekang tekanan kenaikan kos sara hidup yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai pendekatan sedang dilaksanakan termasuk bantuan bersasar, kawalan harga serta pengukuhan aspek keselamatan tenaga negara demi memastikan ekonomi kekal stabil untuk jangka masa panjang.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian dalam setiap dasar dan keputusan yang dibuat.

“Situasi global ketika ini menyaksikan banyak negara berdepan peningkatan harga makanan, pengangkutan dan pelbagai keperluan lain akibat gangguan rantaian bekalan, ketidaktentuan geopolitik serta kenaikan kos logistik antarabangsa.

“Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkembangan tersebut, namun kerajaan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan impak terhadap rakyat,” kata Fadillah.

Show More

Related Articles

Back to top button