BeritaMenarik

Kilang pengeluar ‘Electronic Special Gases’ pertama di Malaysia dibuka di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah merasmikan kilang menghasilkan ‘Electronic Special Gases’ yang pertama di Malaysia iaitu Spectrum Materials di Sendayan Techvalley.

“Kilang seluas 12,141 meter persegi ini merupakan kilang pembuatan produk khusus untuk menyokong industri pengeluaran cip komputer dan elektronik.

“Produk yang akan dihasilkan di fasiliti ini merupakan elemen penting dalam pembuatan cip komputer iaitu ‘Ultra High Purity Electronics Materials’ seperti ‘Electronic Special Gases’ yang berfungsi sebagai bahan termaju dalam pembuatan cip elektronik tersebut,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, beliau difahamkan produk Spectrum Materials akan dieksport sepenuhnya ke luar negara.

“Kerajaan Negeri yakin dengan adanya Spectrum Materials beroperasi di negeri ini, ia mampu menarik lebih banyak pemain industri berasaskan semikonduktor dan elektronik ke negeri ini.

“Sebagai pembekal bahan termaju dalam industri tersebut, rantaian bekalan bagi semua industri berkaitan seperti peralatan elektronik rumah, kenderaan dan komputer riba akan berkembang lebih pesat dan kukuh,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button