Berita

KPM perluas pengambilan calon guru kepada lepasan STPM, STAM, Matriks

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperluaskan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi latihan pra perkhidmatan kepada lepasan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Matrikulasi.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, ini merupakan inisiatif KPM bagi membuka peluang kepada lebih ramai lagi calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

“Dalam masa sama, ia juga dapat memastikan calon terbaik dapat dipilih bagi mengikuti program ini.

“Calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.

“Inisiatif ini juga membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru selain memastikan kualiti calon guru terbaik bagi menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” kata Fadhlina.

Show More

Related Articles

Back to top button