KPT jamin pelihara ruang mahasiswa berhujah: ADAM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa akan terus memelihara dan mempertahankan ruang bagi golongan mahasiswa untuk berdiskusi, berhujah serta menyuarakan pandangan menerusi platform di peringkat universiti.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, kementerian mempunyai prinsip bagi menjamin hak mahasiswa bersuara yang tidak boleh boleh dikompromi.
“Walaupun wujud perbezaan pendapat ataupun tidak bersetuju terhadap sesuatu hujah.
“Ruang ini penting supaya membolehkan mahasiswa mematangkan diri menerusi pendedahan kepada pelbagai idea dan wacana ilmiah.
“Kementerian juga berharap pelajar yang aktif dalaam diskusi awam dapat melibatkan lebih banyak pihak supaya ia menjadi ebih terbuka, seimbang dan berkesan,” kata Adam.
Adam turut tambah bahawa piahk kementerian tetap bersama mahasiswa dan akan sentiasa mencari jalan bagi memastikan program yang diadakan menjamin hak mereka untuk berhujah, bersuasa dan berdiskusi.
“Kami mahu forum dan ruang interaksi ini menjadi budaya yang terbuka, tidak terhad kepada gerakan mahasiswa sahaja supaya lebih banyak platform atau ruang diskusi mahasiswa di kampus berkenaan,” tambah beliau.



