Berita

KPWKM Sertai Bengkel APEC Perkasa AI Mesra Wanita

SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa wanita menerusi penyertaan dalam APEC Digital Capacity Building Workshop on “Women-Friendly Artificial Intelligence” yang berlangsung di Beijing, China pada 20 April lalu.

Melalui hantaran media sosial KPWKM, Program tersebut memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran berkaitan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) tanpa bias, peningkatan literasi digital wanita serta potensi teknologi AI dalam memperluas penyertaan ekonomi wanita di peringkat global.

“Sepanjang bengkel, para peserta turut didedahkan dengan strategi pembangunan teknologi yang inklusif menerusi sesi panel bersama pakar antarabangsa, selain pengenalan kepada APEC Women-Friendly AI Toolkit.

“Toolkit berkenaan menggariskan enam langkah tindakan utama termasuk perlindungan privasi, reka bentuk inklusif dan pengukuhan kepimpinan wanita dalam sektor teknologi bagi memastikan ekosistem digital yang lebih adil” katanya.

KPWKM dalam kenyataan memaklumkan, penyertaan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan wanita Malaysia tidak ketinggalan dalam arus inovasi global.

Dalam pada itu, kementerian berhasrat mengaplikasikan amalan terbaik yang diperoleh daripada bengkel tersebut dalam usaha membina persekitaran digital yang selamat, inklusif dan mampan demi kesejahteraan wanita di negara ini.

Penyertaan Malaysia diwakili oleh Muhammad Afiq Mohd Khir daripada KPWKM serta Isabela Senti Anak Rijeng dari Jabatan Pembangunan Wanita, yang turut sama berkongsi pandangan dan pengalaman dalam sesi perbincangan bersama delegasi antarabangsa

Show More

Related Articles

Back to top button