Berita

Lawatan Tapak Surau Taman Pahlawan percepat perancangan pembinaan

GEMAS: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama beberapa agensi awam daerah Tampin telah mengadakan lawatan ke tapak Surau Taman Pahlawan bagi meninjau keadaan semasa serta membincangkan keperluan pembangunan kemudahan tersebut.

Lawatan itu turut disertai wakil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin, Pejabat Penyelaras DUN Gemas, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas, Unit Penyelarasan Pelaksanaan serta Majlis Daerah Tampin.

Program berkenaan bertujuan memastikan perancangan pembinaan surau dapat dilaksanakan secara terancang dan memenuhi keperluan penduduk setempat, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti.

Hasil lawatan tersebut diharap dapat mempercepatkan usaha merealisasikan pembinaan Surau Taman Pahlawan bagi kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button