Berita

Ladang tenusu bersepadu di Gemas guna sistem nyah bau

SEREMBAN: Ladang tenusu bersepadu F&N di Gemas bakal menggunakan sistem nyah bau dari China.

EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke sebuah ladang tenusu di China.

Ladang tenusu bersepadu di China ini menggunakan sistem kawalan bau yang berfungsi untuk menghilangkan bau supaya kawasan ladang dan sekitar tidak dicemari bau yang kurang menyenangkan.

“Lazimnya kalau kita masuk ke ladang penternakan haiwan, kita sukar untuk kawal bau busuk dari najis dan haiwan tersebut.

“Namun, Insya Allah di kilang penternakan lembu tenusu Gemas nanti, masalah pencemaran bau akan cuba diselesaikan melalui sistem berkenaan.

“Ia berfungsi melalui kipas sedutan bau yang menyerap bau-bau di ladang dan masuk ke bilik khas, sebelum ia sekali lagi diserap oleh penapis berkelembapan tinggi di bilik berkenaan.

“Seterusnya penapis tersebut akan menyerap bau dan melepaskan udara tanpa bau keluar dari bangunan ladang berkenaan,” katanya.

Jalaluddin berkata, beliau sudah berbincang dengan F&N dan sistem nyah bau yang pertama di dunia ini akan dibawa ke Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button