Berita

Latif serah sumbangan Ramadhan kepada 15 masjid dan 25 surau

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan sumbangan kurma sempena Ramadhan kepada 19 MPKK, sembilan KRT, 15 masjid dan 25 buah surau di DUN Gemencheh.

Abd Latif menyerahkan sumbangan ini dalam Mini Karnival Belia yang ditaja sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Seremban merangkap ADUN Chennah, YB Anthony Loke Siew Fook.

Program Mini Karnival Belia ini merangkumi beberapa aktiviti seperti:

1) Servis Tukar Minyak Hitam untuk 100 buah motor secara percuma
2) Isi minyak motor percuma untuk 100 buah motor
3) Jobfair (penawaran kerja dan temuduga segera)
4) Kursus TVET beserta penempatan kerja selesai kursus

“Terima kasih kepada pengerusi MPKK, setiausaha MPKK, ketua KRT, pengerusi masjid dan surau yang menjayakan mini karnival ini,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button