Berita

MAINS terima zakat perniagaan berjumlah RM6.71 juta

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM6,714,304.20 juta daripada empat syarikat korporat.

Lembaga Tabung Haji telah mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM4, 242,779.20; manakala Maybank Islamic Berhad berjumlah RM1,100,000.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM871,525 dan Sime Darby Property (Nilai) Sdn Bhd berjumlah RM500,000.

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menerima zakat tersebut bagi pihak MAINS.

Majlis penyerahan zakat ini diadakan di Istana Hinggap.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim dan Pengerusi MAINS, Dato’ Seri Dr.Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Show More

Related Articles

Back to top button