SEREMBAN: Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH NS) telah mengadakan ‘Majlis Sepetang Bersama Dato’ Seri Kak Wan’.
Yang DiPertua BAKRIYAH, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berkata, majlis ini diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.
“Majlis ini diadakan bagi membuktikan keharmonian Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli BAKRIYAH,” kata Wan Hasni.
Turut hadir, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Nicole Tan Lee Koon; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan isteri kepada Menteri Luar Negeri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.