ProgramBerita

Penantian kemasukan pelajar ke IPTA bakal berakhir

Sudah bersedia untuk satu detik yang dinanti-nantikan?

Buat adik-adik lepasan STPM/Setaraf yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA)melalui UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/ 2027, masa untuk mengetahui keputusan anda kini semakin hampir.

Jangan lupa tandakan tarikh ini:

KEPUTUSAN UPUOnline®️ BOLEH DISEMAK MULAI:

14 Ogos 2026 (Jumaat)

12.00 tengah hari

Semakan dibuka sehingga:

23 Ogos 2026 (Ahad)

5.00 petang

Semakan boleh dibuat melalui:

Portal UPUOnline

Aplikasi UPUPocket

Aplikasi MyGOV Malaysia

Berdebar? Teruja? Tak sabar?

Apa pun keputusannya, percayalah bahawa setiap langkah adalah sebahagian daripada perjalanan menuju masa depan yang lebih gemilang.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga berjaya buat semua adik-adik.

Masa depan anda bermula dengan satu langkah.

Ayuh, melangkah dengan penuh yakin.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Show More

Related Articles

Back to top button