BeritaProgram

Hebahan semasa halal

Keperluan pelantikan Eksekutif Halal

Mana-mana syarikat atau pemohon yang disyaratkan untuk melantik Eksekutif Halal hendaklah mematuhi keperluan seperti dinyatakan dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS).

Pelantikan Eksekutif Halal hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

✅ Beragama Islam;

✅ Warganegara Malaysia (tertakluk kepada MPPHM yang berkaitan);

✅ Berjawatan tetap;

✅ Berkelulusan minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan

✅ Memiliki sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB.

Ketiadaan pelantikan Eksekutif Halal merupakan suatu ketidakakuran besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 31(2)(h) MPPHM (Pindaan) seperti berikut:

“Ketidakakuran berkaitan Eksekutif Halal, Penyelia Halal dan pekerja Muslim termasuklah penyembelih dan pemeriksa halal. (Contoh: bilangan pekerja Muslim tidak memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia).”

Show More

Related Articles

Back to top button