Berita

Kerja-kerja penebangan dan pemotongan pokok di Jalan Bukit Galena

Pemakluman kerja-kerja penebangan dan pemotongan pokok.
Dimaklumkan bahawa HS Prima Resources iaitu Syarikat yang dilantik oleh MBS akan menjalankan kerja-kerja penebangan dan pemotongan pokok di Jalan Bukit Galena seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Ogos 2026 – 15 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Jalan Bukit Galena
Sepanjang tempoh kerja dilaksanakan, gangguan lalu lintas mungkin berlaku di kawasan berkenaan.
Pihak kontraktor akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya termasuk menyediakan papan tanda amaran, kon keselamatan serta pengawal trafik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, orang awam khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.
Terima kasih.
Sumber: Majlis Bandaraya Seremban
Show More

Related Articles

Back to top button