Cadangan Baharu SMA Kuala Klawang diperhalusi

JELEBU: Cadangan pembinaan baharu Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Klawang diberi perhatian menerusi satu lawatan tapak bagi menilai kesesuaian lokasi yang dicadangkan di daerah ini.
Lawatan berkenaan melibatkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jurutera JHEAINS, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu serta wakil SMA Kuala Klawang.
Menurut JHEAINS, lawatan itu bertujuan mendapatkan gambaran awal berhubung keadaan dan kesesuaian tapak, selain meneliti keperluan serta perkara berkaitan perancangan pembangunan sekolah berkenaan.
Penilaian di tapak berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha memastikan perancangan pembangunan pendidikan agama dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.
Usaha itu diharap dapat memperkukuh penyediaan kemudahan pendidikan agama di Negeri Sembilan, sekali gus menyokong keperluan pembelajaran dan pembangunan profesionalisme pendidik agama secara berterusan.




