Berita

Manifesto PH Negeri Sembilan diyakini mampu bantu lebih ramai rakyat, kata pengundi

SEREMBAN: Tawaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) yang memperluaskan pelbagai insentif kepada golongan M40 selain meneruskan bantuan kepada B40 mendapat maklum balas positif daripada rakyat.

Seorang pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Fatin Ali berkata, manifesto yang dilancarkan PH kali ini bukan sahaja meningkatkan kadar beberapa insentif sedia ada, malah memperkenalkan bantuan baharu yang diyakini mampu meringankan beban lebih ramai keluarga di Negeri Sembilan.

“Saya telah melihat Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk PRN-16.

“Banyak insentif yang kadarnya telah dinaikkan dan ada juga insentif baharu yang diperkenalkan,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman pentadbiran PH sebelum ini, pelbagai insentif yang dijanjikan telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan B40.

“Saya tahu ramai kenalan saya dan saudara-mara yang mendapat manfaat daripada insentif dan bantuan tersebut sebelum ini,” ujar Fatin.

Fatin berkata, antara penambahbaikan yang menarik perhatian beliau ialah peluasan kelayakan bantuan kepada isi rumah M40 dengan pendapatan maksimum RM8,000, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat yang ditawarkan.

Beliau turut menyambut baik peningkatan insentif kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada RM1,000 kepada RM1,200 seperti yang terkandung dalam manifesto PH.

Selain itu, katanya, manifesto berkenaan turut menawarkan bantuan komputer riba mengikut spesifikasi kursus kepada anak-anak daripada keluarga M40, selain Bantuan Sara Hidup Mahasiswa sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 sebulan.

“Sekarang Pakatan Harapan Negeri Sembilan menawarkan manifesto dengan insentif dan bantuan untuk golongan M40 juga dengan pendapatan isi rumah maksimum RM8,000.

“Bukan itu sahaja, anak-anak daripada keluarga M40 juga layak memohon bantuan komputer riba mengikut spesifikasi kursus sekiranya Pakatan Harapan kembali mentadbir Negeri Sembilan.

“Malah pelajar daripada golongan M40 juga layak menerima Bantuan Sara Hidup Mahasiswa sebanyak RM2,400 setahun.

“Undilah calon-calon Pakatan Harapan agar kita dapat menikmati semua insentif dan bantuan yang ditawarkan dalam manifesto ini,” katanya.

Berikut butiran insentif untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT):

Sijil: RM500

Diploma: RM750

Diploma STEM: RM1,000 (Baharu diperkenalkan)

Ijazah Sarjana Muda: RM1,200 (Dinaikkan RM1,000 kepada RM1,200)

Ijazah Sarjana Muda STEM: RM1,500

 

Show More

Related Articles

Back to top button