Menarik

Hasan sumbang RM3,000 kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas.

Hasan berkata, sumbangan tersebut bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan Program Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Daerah Tampin.

“Program ini diadakan bagi memupuk semangat anak-anak sekolah dalam aktiviti latihan yang bakal mereka sertai.

“Semoga sumbangan dapat melancarkan program yang dirancang,” kata Hasan.

Sumbangan diberikan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button