Berita

Masjid Kampung Panchor Jaya terima sumbangan kewangan RM20,000 daripada Loke

SEREMBAN: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Santuni Madani Tahun 2025 di Masjid Al-Munawarah Kampung Panchor Jaya, Seremban.

Majlis ini merupakan salah satu inisiatif program Santuni Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, tetapi juga menjadi wadah bagi kita menyantuni rakyat dengan lebih dekat.

Kampung Panchor merupakan Kampung Angkat Madani Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau dikenali sebagai Santuni MADANI yang merupakan suatu pendekatan ‘Whole of government’ yang menyentuh denyut nadi rakyat bagi melengkapi keperluan asas infrastruktur kampung yang terpilih.

JPJ Malaysia akan memperluaskan pelbagai program yang melibatkan keperluan rakyat di Kampung Panchor untuk peningkatan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut terutamanya melibatkan keselamatan jalan raya.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pengangkutan telah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan sebanyak RM20,000 kepada Masjid Al-Munawarah Kampung Panchor Jaya, Seremban.

Beliau juga turut menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anakku Sayang Ar-Rayyan, Taman Panchor Jaya.

Turut hadir dalam program tersebut, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Aedy Fadly Ramli.

Show More

Related Articles

Back to top button