Berita

Kerajaan berusaha lahirkan petani pelapis

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu telah menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memastikan sumber makanan negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Langkah-langkah strategik sedang diambil bagi menjamin kestabilan bekalan makanan serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap rantaian bekalan.

“Selain itu, kementerian juga terus berusaha untuk menarik minat lebih ramai anak muda, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera, untuk berkecimpung dalam sektor pertanian.

“Usaha ini bertujuan melahirkan generasi pelapis yang mampu menjadi penggerak utama industri pertanian negara serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” ujar Mohamad.

Mohamad berkata, kementeriannya yakin bahawa dengan penyertaan aktif golongan muda dan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor pertanian negara akan terus berkembang maju serta mampu memenuhi keperluan rakyat secara berterusan.

Show More

Related Articles

Back to top button