Berita
Masjid Kampung Repah terima RM1,500 daripada Veerapan

REPAH: Masjid Kampung Repah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM1,500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.
Veerapan berkata, sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil Masjid Kampung Repah, Encik Zaharuddin.
“Sumbangan tersebut adalah bertujuan membantu pihak masjid menjalankan program komuniti dan kerohanian.
“Saya juga berharap agar sumbangan ini digunakan untuk membina jaringan komunuiti yang kukuh khususnya masyarakat DUN Repah,” kata Veerapan.
Sumbangan tersebut diserahkan di Pusat Khidmat DUN Repah.



