Berita

Media ejen penyampai inisiatif kerajaan kepada rakyat

SEREMBAN: Media merupakan ejen yang bertindak untuk menyampaikan maklumat serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, hal ini supaya rakyat menjadi cakna akan isu-isu semasa yang dilakukan oleh kerajaan.

“Pada zaman serba moden ini, kita dapat lihat bahawa bagaimana media massa menjadi sangat berpengaruh kepada rakyat.

“Sejarah dahulu juga mengajar kita bagaimana semangat mengusir penjajah diwar-warkan melalui penulisan kepada rakyat.

“Oleh itu, saya membuka ruang seluas-luasnya kepada media untuk memberi perhatian kepada negeri ini (Negeri Sembilan) kerana negeri ini mempunyai pelbagai inisiatif yang boleh disampaikan kepada orang ramai yang merangkumi pelbagai peringkat umur daripada bayi sehingga warga emas,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Apresiasi Media bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button