
Filem ini bukan sekadar aksi dan kuasa superhero tapi tentang perasaan yang tak terucap. Tentang kegelapan yang membungkus jiwa, meskipun tubuh disarung baju adiwira.
Thunderbolts mencuri tumpuan rakyat Malaysia bukan hanya kerana penggambarannya di Kuala Lumpur, tapi kerana ia berani menyentuh sisi yang jarang diketengahkan dalam dunia Marvel iaitu kesihatan mental.
Setiap watak membawa kisah gelap mereka.
Yang dihina, yang dipinggirkan, yang tak diraikan.
Watak-wataknya bukanlah ‘hero sempurna’. Mereka adalah manusia biasa yang pernah gagal.
Pernah menjadi senjata. Pernah dipergunakan. Pernah dikhianati.
Dan inilah realiti yang banyak dilalui oleh kita juga yang kelihatan tenang di luar, tapi sedang berperang dalam diam.
Watak adiwira paling berkuasa dalam filem ini Sentry sendiri tidak berlawan dengan makhluk asing atau raksasa.
Dia berlawan dengan kemurungan, dengan kekosongan.
Memang terasa vibes murung bila kegelapan datang menyeliputi bandar New York.
Dan filem ini menjadi simbol bahawa kekuatan bukan hanya tentang menang berlawan, tapi tentang berani hidup ketika hidup terasa berat.
Bila filem mula angkat naratif seperti ini, kita patut buka mata,
Isu kesihatan mental bukan perkara kecil.
Ia sedang berlaku.
Di sekeliling kita.
Dalam keluarga.
Di tempat kerja.
Dalam diri kita sendiri.
Jangan diam. Jangan simpan.
Kesunyian itu bukan kelemahan.
Dan jika hari ini kau rasa letih dengan dunia ketahuilah, kau tak bersendirian.
Source: Public Health Malaysia
Photo Credit: Marvel Studios