Berita

Permohonan Guru KAFA kini dibuka

Mereka yang berminat untuk menjadi guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) kini boleh membuat permohonan melalui poster di bawah.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

iii) Memiliki kelulusan seperti berikut:

iv) SPM dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan

v) SPM dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam salah satu subjek berikut:

(A) Pendidikan Islam; atau

(B) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah; atau

(C) Pendidikan Syariah Islamiah; atau

(D) Subjek setaraf dengan (A), (B), atau (C); dan

Lulus Bahasa Arab

Tarikh Permohonan:

1 Mei hingga 15 Mei 2025

Arahan:

Sila imbas kod QR untuk muat turun borang permohonan

Hantar borang yang lengkap ke JHEAINS Daerah mengikut daerah yang dimohon.

Calon yang layak akan dihubungi

Sebarang Pertanyaan Hubungi:

06-767 1098 / 2897

jheains.ns.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button