Berita

MPPD ambil tindakan atasi isu longkang di Taman Bakti 2

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengadakan lawatan turun padang ke Taman Bakti 2, Kampung Paya bagi meninjau aduan awam berhubung masalah longkang yang dikenal pasti sebagai antara punca kejadian banjir di kawasan tersebut.

Lawatan itu dihadiri Ahli Majlis Zon 12, Tuan Haji Husnal Taufik Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK), Tuan Haji Muhammad Bazlan Abdul Rahman, wakil Jabatan Kejuruteraan MPPD, wakil Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPPD serta penduduk setempat.

Menurut MPPD, lawatan berkenaan bertujuan mengenal pasti punca aduan berkaitan masalah longkang yang terletak di dalam kawasan persendirian di Taman Bakti 2.

“Hasil perbincangan bersama wakil penduduk, kerja-kerja pembersihan awal akan dilaksanakan bagi melancarkan aliran longkang di kawasan berkenaan sebagai langkah segera untuk mengurangkan risiko banjir,” menurut kenyataan itu.

MPPD memaklumkan tindakan awal tersebut merupakan antara usaha yang diambil bagi menangani isu saliran di kawasan berkenaan sementara penyelesaian jangka panjang terus diteliti.

Katanya, kerjasama penduduk setempat amat penting dalam memastikan segala isu yang dibangkitkan dapat ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan komuniti setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button