Berita
Mio kekal bersama skuad Jang

SEREMBAN: Pemain pinjaman Negeri Sembilan Football Club (NSFC) Mio Tsuneyasu akan kekal bersama skuad tersebut sebagai pemain tetap.
Makluman tersebut diberitahu melalui sosial media pasukan tersebut.
Keputusan mengambil Mio sebagai pemain tetap adalah kerana kelincahan dan kualiti permainan yang dibawanya kedalam padang yang tidak dapat disangkal.
Dengan rekod lima gol penting pada musim lalu, sudah tentu skuad Hobin Jang Hobin dan peminat menantikan sentuhan berbisa beliau.



