
KUALA LUMPUR: Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil 10/2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur.
“Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di Sarawak pada bulan Ogos 2024 kelak serta perkara-perkara yang berbangkit.
“Selain itu juga, turut dibentangkan laporan-laporan pengelola dan jawatankuasa yang telah dilantik,” kata Mustapha.