BeritaMenarik

Lebih 3,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Besar Gedong Lalang 50.

“Saya mengadakan majlis ini bagi menyantuni dan beramah mesra Bersama masyarakat di DUN Ampangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulillah lebih 3,000 orang ramai hadir

“Saya juga meraikan anak-anak yatim dalam majlis ini dengan memberikan sumbangan ‘Duit Raya’.

“Terima kasih kepada semua yang hadir,” ujar Tengku Zamrah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dan isteri beliau Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Show More

Related Articles

Back to top button