BeritaMenarik

Tindakan jangka pendek dan jangka panjang atasi banjir di Seremban

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang melaksanakan tindakan jangka pendek dan juga jangka panjang bagi mengatasi kejadian banjir di sekitar Seremban.

Pegawai Daerah Seremban, Tuan Muhamad Najib Mustafa berkata, kejadian banjir yang melibatkan 363 keluarga di Paroi, Ampangan, Rahang, Mambau dan Rantau baru-baru ini adalah disebabkan hujan yang terlampau lebat dalam masa singkat.

“Ini menyebabkan air Sungai Linggi melimpah ke kawasan yang rendah.

“Terdapat masalah sistem perparitan di beberapa kawasan yang perlu dinaik taraf.

“Justeru itu, kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran dalaman akan dilaksanakan sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, projek PLSB Sungai Linggi Fasa 5 sedang berjalan dan akan disiapkan pada tahun 2030,” jelas Muhamad Najib.

Muhamad berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Kampung Semarak, Rahang.

Turut bersama beliau, Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Nor Azman Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button