Berita

MyKad Baharu Diperkenal Dengan Ciri Keselamatan Dipertingkat Bagi Melindungi Identiti Rakyat

SEREMBAN: Malaysia bakal memperkenalkan versi baharu Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) dengan reka bentuk terkini serta ciri keselamatan dipertingkatkan bagi melindungi identiti rakyat daripada risiko pemalsuan dan penyalahgunaan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, evolusi kad pengenalan negara bermula dengan kad berasaskan kertas pada tahun 1948 sebelum melalui pelbagai perubahan dan penambahbaikan seiring perkembangan zaman.

Menurut Saifuddin, negara kini melangkah ke satu lagi fasa penting dengan pengenalan MyKad baharu yang tampil dengan reka bentuk terkini serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

“MyKad baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kelak turut membawa penambahbaikan yang lebih menyeluruh termasuk peningkatan ciri keselamatan daripada 23 kepada 53 ciri pada versi baharu,” katanya.

Tambah Saifuddin, evolusi itu mencerminkan bagaimana negara sentiasa menyesuaikan diri dengan cabaran semasa khususnya dalam aspek keselamatan dan perlindungan identiti rakyat.

Transformasi ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dokumen identiti negara serta memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awal kekal relevan, selamat dan diyakini rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button