BeritaMenarik

Nanthakumar jurulatih Negeri Sembilan yang baharu

SEREMBAN: Penolong jurulatih pasukan bola sepak Negeri Sembilan, K.Nanthakumar, 47, kini dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC).

Bekas pemain kebangsaan, Nanthakumar pernah mewakili pasukan Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kelantan, bermain di posisi pertahanan tengah dan midfielder pertahanan.

Nanthakumar akan dibantu dua penolong jurulatih, K.Rajan dan Efendi Abdul Malek yang kedua-duanya bekas pemain Negeri Sembilan.

Rombakan ini juga membabitkan lantikan jurulatih penjaga gol yang baharu iaitu Megat Amir Faisal al Khalidi Megat Ibrahim.

Megat Amir Faisal merupakan bekas pemain Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Sementara itu, bekas Ketua Jurulatih NSFC, Azzmi Ab Aziz telah dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan menggantikan Effendi.

Azzmi sebelum ini dilantik sebagai Ketua Jurulatih NSFC pada 15 Februari lepas dan sebelum itu adalah Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC).

Show More

Related Articles

Back to top button