Berita

NeSCOM dalam keadaan siap siaga

SEREMBAN: Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) yang bertindak sebagai pusat pengawasan bencana alam dalam keadaan sentiasa bersiap siaga.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini bagi menangani sebarang masalah dalam keadaan cuaca semasa.

“Mereka akan bertindak sekiranya terdapat laporan bencana alam.

“Ia susulan amaran daripada MetMalaysia menyatakan bahawa keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Oleh sebab itu, Amaran Hujan Berterusan (buruk dan waspada) yang melibatkan beberapa negeri di semenanjung seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka.

“Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Condore dan Reef North turut berkuatkuasa pada 19 hingga 22 November.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga dalam keadaan sebegini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button