Berita
Pelajar cemerlang STPM terima ‘hadiah’ daripada Veerapan
REPAH: Empat pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM, telah menerima hadiah berbentuk sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam.
“Empat pelajar cemerlang tersebut ialah Arianne Abigail, Chin Jin Jin, Sugashini Yogamani dan Mohana Theven dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar yang berjaya maraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan STPM.
“Sumbangan RM500 diberikan sebagai tanda penghargaan dan membantu memenuhi keperluan memasuki alam universiti kelak.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima sumbangan,” ujar Veerapan.