Berita

Pembukaan semula kawasan ekopelancongan Fasa 2

SEREMBAN Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengeluarkan satu notis pembukaan semula dua kawasan ekopelancongan bagi Fasa 2.

Dua kawasan tersebut adalah Taman Eko Rimba Batu Maloi dan Denai Razani @ PD Forest.

Kedua-dua kawasan tersebut akan dibuka kepada orang awam mulai 1 Februari ini.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan ekopelancongan lain yang masih ditutup iaitu Taman Eko Rimba Gunung Datuk; Taman Eko Rimba Gunung Tampin; Trek Gunung Datuk; Trek Gunung Tampin; Trek Trans Naning dan Trek Gunung Telapak Buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui media sosial Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button