Berita

Dua buah surau terima sumbangan RM36,000 dari Rafie

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah memberikan sumbangan kewangan kepada Surau Kampung Baru Blok B dan C sebanyak RM26,000 dan Surau Taman Dusun Nyior sebanyak RM10,000.

Mohamad Rafie berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak surau melakukan kerja baikpulih dan aktiviti keagamaan.

“Permohonan tersebut telah dibuat sebelum Pilihan Raya Umum tempoh hari dan baru sahaja diluluskan.

“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Seri Ampangan.

“Sumbangan tersebut diberikan bagi melaksanakan aktiviti pendidikan buat para pelajar di sekolah tersebut,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button