Berita
Permohonan bantuan Zakat MAINS atas talian

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam kenyataannya memberitahu bahawa bermula Mei ini, semua permohonan bantuan zakat MAINS perlu dilakukan secara atas talian.
Oleh sebab itu, tiada lagi penghantaran borang melalui kaunter-kaunter MAINS Daerah dan Cawangan.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat boleh layari pautan https://portal.mains.gov.my/agihan-zakat-v3



