BeritaMenarik

Peruntukan RM5.4 juta, laksana 37 projek pembangunan kampung baru di Negeri Sembilan

NILAI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.4 juta sehingga Julai 2024 untuk melaksanakan 37 projek pembangunan di Kampung-Kampung Baru Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, projek-projek yang dilaksanakan adalah termasuk kerja-kerja menaiktaraf longkang, menurap jalan, menaiktaraf gelanggang bola keranjang dan dewan orang ramai melalui peruntukan maksimum RM200,000 untuk setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Peruntukan yang disalurkan ini melalui KPKT dapat membantu dalam menaiktaraf dan juga membaiki kerosakan beberapa kemudahan di dalam kawasan Kampung-Kampung Baru.

“Saya juga telah meninjau kerja-kerja menaiktaraf Gelanggang Bola Keranjang di Pekan Mantin yang telah dilaksanakan oleh JPKK Kampung Baru Mantin melalui peruntukan KPKT berjumlah RM116,000.

“Kerja-kerja menaiktaraf yang telah dilaksanakan di Gelanggang Bola Keranjang ini adalah menutup ruang keliling gelanggang dengan zink, memasang awning, menukar jubin tempat duduk dan membuat laluan OKU.

“Dengan pelaksanaan kerja-kerja ini, ia akan membantu menyediakan satu kemudahan yang selesa kepada pemain dan orang awam yang datang ke gelanggang ini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button