PNGK STPM Negeri Sembilan mengatasi Kebangsaan

SEREMBAN: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Negeri Sembilan berjaya mengatasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) iaitu 2.86.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, keputusan tersebut berjaya dilakarkan oleh kerana hasil usaha dan komitmen daripada para pendidik serta inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.
“Walaupun hanya 0.01 sahaja,tetapi ini adalah kali pertama PNGK Negeri berjaya melepasi Kebangsaan.
“Saya amat menghargainya dan berterima kasih kepada semua pihak pendidikan, sekolah, ibu bapa dan pelajar dalam mendapatkan keputusan ini.
“Dalam pada itu, seramai 38 orang calon STPM Negeri Sembilan berjaya memperoleh PNGK 4.00 atau 4 flat.
“Syabas kepada semua calon STPM 2024 atas keputusan yang diperoleh,” kata Aminuddin.