Program MADANI PD Sihat 2025 pupuk kesedaran kesihatan masyarakat Port Dickson

PORT DICKSON:Exco Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata Program Madani PD Sihat 2025 memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Port Dickson.
“Program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al-Mawaddan dengan kerjasama agensi kesihatan dan komuniti tempatan.
“Seawal pagi, pelbagai aktiviti diadakan seperti aerobik thon, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, pertandingan bayi sihat serta sesi perkongsian ilmu daripada doktor dan pakar perubatan.
“Penglibatan peserta daripada pelbagai peringkat umur mencerminkan kesedaran tinggi bahawa kesihatan adalah nikmat yang wajar dipelihara.
“Usaha kolektif ini diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih sihat, berilmu dan sejahtera pada masa hadapan,” kata Tengku Zamrah.



