Berita

Program MyLESEN B2 Sekolah (MyB2S) 2026 dilancarkan

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026 sebagai langkah memperkukuh aspek keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, program berkenaan memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelesenan motosikal yang sah, latihan pemanduan secara berstruktur serta pemupukan budaya keselamatan jalan raya khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Bagi tahun 2026, seramai 60,000 pelajar di seluruh negara dijangka menerima manfaat menerusi peruntukan melebihi RM18.5 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI.

“Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melahirkan penunggang motosikal yang lebih berdisiplin, berhemah dan bertanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem jalan raya yang lebih selamat, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelas Anthony Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button