Penyelenggaraan Jalan Nilai-Selangor guna kaedah baharu, jamin ketahanan jangka panjang

NILAI: Kerja-Kerja penyelenggaraan jalan dari Persimpangan Desa Melati, Persiaran Negeri sehingga sempadan Selangor sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dari 5 Mei sehingga 31 Mei 2026.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J.Arul Kumar berkata, kerja-kerja ini adalah bukan kerja penurapan biasa yang pernah dibuat sebelum ini.
Kawasan ini adalah laluan kenderaan berat yang banyak dan sebelum ini keadaan jalan pun tidak rata dan berlaku mendapan.
Oleh itu, kali ini JKR menggunakan kaedah ‘Pembinaan Semula Separa (Partial Reconstruction) Lapisan Asfalt dan Road Base’ sebagai tindakan untuk mengukuhkan keadaan base (tapak asas) jalan tersebut supaya selepas penurapan jalan pun jalan tersebut tidak rosak walaupun penggunaan jalan oleh kenderaan berat tinggi di kawasan tersebut.
“Kerja-kerja tersebut dibuat di beberapa kawasan secara berperingkat dan penurapan jalan tidak akan dibuat terus.
“Tetapi akan ada beberapa kerja lain untuk beberapa hari sebelum penurapan dilaksanakan.
“Sejak seminggu ini ramai pengguna jalan di kawasan itu terpaksa berhadapan dengan kesesakan yang teruk.
“Saya berharap penjelasan saya dapat membolehkan semua pengguna jalan tersebut dapat memahami keadaan ini,” jelas Arul Kumar.
Arul Kumar berkata, dengan pelaksanaan penyelenggaraan jalam melalui kaedah ini kualiti jalan tersebut untuk jangka masa panjang dapat dijamin dan paling penting selepas ini jalan tersebut selamat untuk semua pengguna jalan.




