Berita
Rajasekaren lawat kawasan kerap kemalangan
BAGAN PINANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren telah mengadakan satu lawatan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson.
Rajasekaren berkata, kawasan tersebut kerap mengalami kemalangan.
“Jalan di sini juga terlalu sesak.
“Oleh itu saya bersama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Port Dickson telah turun padang bagi menjalankan siasatan dan mendapatkan nasihat teknikal terhadap jalan raya ini.
“Ini bagi memastikan risiko kemalangan dapat dikurangkan semaksimum mungkin dan melancarkan aliran trafik pada waktu puncak,” kata Rajasekaren.